TIPS MENGAWAL DUIT ANDA SEHARIAN SUPAYA SENTIASA RASA CUKUP
Pernah rasa tak lepas gaji je kau akan bayar kereta, rumah, PTPTN, bagi mak ayah, bayar sewa rumah, bill telefon.
Tau-tau je baki duit tinggal berapa ratus untuk kau belanjakan seharian sampai next gaji. Sadis kan?
Ini nasihat saya kepada korang semua tentang duit, tentang kepentingan mengawal perbelanjaan kau supaya ada saving yang cukup. Barulah tak mengeluh nanti.
Jangan Berbelanja Melebihi Pendapatan
Cara untuk mengelakkan kita daripada berbelanja lebih adalah dengan merekodkan setiap perbelanjaan harian.
Kau boleh guna app seperti spending untuk rekod perbelanjaan harian, atau buat catatan perbelanjaan guna telegram sendiri.
Jangan Beli Aset Yang Susut Nilai
Aset yang tak susut nilai ni macam pelaburan ASB atau harga rumah.
Walaupun orang cakap harga rumah akan jatuh, dah lebih 5 tahun ayat tu kita dengar, harga rumah tak juga jatuh malah makin naik!
Ramai yang tidak dapat bezakan diantara aset dan liabiliti. Labur untuk aset, bukan untuk tambah liabiliti. Tu lebur namanya.
Aset adalah sesuatu yang menambah wang poket anda. Liabiliti adalah sesuatu yang buatkan duit poket anda keluar.
Jangan Berhutang Untuk Membuat Orang Lain Kagum
Kalau kita menambah hutang motor atau kereta mahal-mahal semata-mata nak buat orang lain kagum,
Fikirlah semula kerana orang akan kagum dengan kita sehari sahaja.
Selepas daripada itu kita yg akan menanggung hutang. Orang lain tidak akan bantu untuk bayar hutang kita.
Jadi, eloknya kita bersederhana sahaja, kecuali kau memang mampu. Itu dah lain ceritanya lah.
Melabur Dan Semak Nilai Harta
Terus terang saya cakap, tujuan utama melabur bukanlah kerana untuk jadi kaya, tetapi nak mengatasi kadar inflasi juga.
Setiap tahun harga barang makin naik, perbelanjaan harian makin naik, sewa rumah naik juga.
Kalau nilai simpanan kau masih sama nilainya, dalam tak sedar sebenarnya nilai duit kau berkurangan dalam kita tak sedar.
Setahun sekali kalau boleh semak semula harta yang kita miliki samada aset mahupun liabiliti.
Semak semula mana hutang baik dan mana hutang jahat yang kita dah buat. Refine semula, muhasabah diri.
Adakah harta yang kau miliki dapat memberi manfaat apabila bersara kelak. Renungkan dan selamat beramal.
Last sekali, bila kau dah buat semua nasihat kat atas tu tapi masih rasa tak cukup, maksudnya kau mungkin kena cari duit lebih lah.
Takan sampai kau nak kena berpuasa pula kan. Ada masa kita memang kena usaha lebih untuk tampung perbelanjaan harian kita.
Kau boleh buat grab ke, foodpanda ke, repair laptop orang ke, jadi translator ke, jadi dropship produk orang lain ke, jadi affiliate ke, banyak lagi.
Nak atau taknak je kau buat semua benda tu. Man jadda wajada.