BELI RUMAH SIAP DAPAT ‘CASHBACK’ RM200,000?

Siapa nak beli rumah dan dalam masa sama membuat tabung persaraan 200k?

Ini bukan scam ya. Ini hanya lah teknik pairing antara ASBFinancing dan juga rumah.

Saya cuma nak kongsi salah satu teknik macam mana nak miliki rumah sendiri.

Dalam masa sama membuat tabung persaraan 200k dengan hanya membayar komitmen satu sahaja.

Teknik ini sesuai bagi yang telah mempunyai deposit rumah dan layak daripada segi kelayakan untuk memohon pembiayaan rumah dan ASBF.

Bagaimana? Baca sampai habis :


TAHUN 1
==========================

1. Tahan dahulu keinginan tahun pertama untuk membeli rumah. Apply dahulu ASBF 200k dengan kadar keuntungan 5% selama 30 tahun tanpa takaful. Bulanan RM1,074 setahun RM12,888

2. Bayar ASBF sehingga akhir tahun. Andaikan dividen 7% RM14,000


TAHUN KE 2
==========================

3. Berjumpa dengan agen rumah untuk bantu carikan rumah berharga RM200k. Minta agen untuk uruskan pembelian rumah untuk langkah seterusnya, anggaran komitmen bulanan bagi rumah 200k adalah RM1,000

4. Gunakan dividen ASB untuk bayar komitmen setahun rumah RM14,000 – RM12,000 = RM2,000 (lebihan dividen).

5. Bayar ASBF seperti biasa sehingga akhir tahun. Andaikan dividen 7% RM14,000. Ketika ini komitmen hanya pada ASBF sahaja kerana rumah telah dibayar menggunakan dividen daripada ASB.


TAHUN KE 3 HINGGA 31
==========================

6. Ulang langkah pada tahun ke-2 sehingga akhir tahun ke-31 dan jangkaan rumah sudah habis dibayar. ASBF juga sudah habis bayar. Wow!

HASIL
==========
RUMAH RM200K – SETLLED
ASBF 200K – SETTLED

Dengan melakukan teknik ini, anda boleh dapat rumah dan juga sijil ASB 200K dengan komitmen hanya RM1K sebulan.

Hasil selepas 31 tahun akan dapat cash RM200,000 daripada sijil ASB 200K dan sebuah rumah.


Selain itu, dapat juga lebihan dividen hasil tolak komitmen rumah tahunan anggaran dalam RM2k X 30tahun = RM60,000, BONUS!

Cash daripada sijil ASB 200K pula akan menghasilkan dividen sebanyak RM14,000 setiap tahun bersamaan pendapatan pasif RM1,167 setiap bulan untuk tahun-tahun seterusnya. Best kan?

Komitmen untuk ASBF dan rumah sudah tiada bermakna ada lebihan pendapatan RM1,167 sebulan jika masih ada pendapatan lain.

Teknik sangat sesuai kepada yang bakal membeli rumah kerana korang boleh beli rumah dalam masa yang sama membuat simpanan.

Kenapa hendak pilih dapat satu sedangkan korang boleh dapat kedua-duanya dengan modal yang sama.

Jadilah pengguna yang bijak.

DISCLAIMER;
1. Pengiraan diatas dilakukan secara kasar sahaja dengan kadar dividen 7% dan kadar keuntungan bank bagi ASBF 5%.
2. Pengiraan diatas hanya dilakukan hanya daripada pendapat secara individu dan tidak mewakili mana-mana pihak

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.