KALAU BUAT ASB FINANCING SETAHUN JE RUGI TAK?
Sebelum tu, tanya dulu diri kau. Kau ada tak buat simpanan tetap setiap bulan? Dah pernah konsisten menyimpan sampai satu tahun?
Bagaimana nak mula menyimpan duit? Ha sebenarnya kau yang kena ada target untuk menyimpan. Kalau tak ada target macam mana kan?
Kau kena buat target sendiri. Sebagai contoh nak ada cash dalam RM30k dalam masa 3 tahun.
Fikir siap-siap nak buat deposit rumah ke, kahwin ke, beli kereta ke, terpulanglah kan. Set GOAL tu!
Jadi kau bahagi RM30k dengan 36 bulan, bermaksud kau perlu simpan RM834 sebulan bermula hari ini tanpa gagal.
Setahun kau kena simpan RM10k. Tiga tahun kau dapat la simpan RM30k kau tu.
Kalau nak lebih advance kau pairing dengan ASBFinancing, dalam masa 3 tahun hasil kau bukan setakat dapat RM30,000, tapi dapat lebih RM40,000 dengan komitmen yang sama RM832 sahaja sebulan. Beza RM10,000 tu!
Kenapa pilih kurang sedangkan boleh dapat lebih, kan.
Lebihan RM10,000 tu kan boleh buat beli perabot rumah ke, solek kereta idaman tu nanti ke atau buat pergi honeymoon kalau kau plan nak kahwin.
CONTOH UNTUK PELAN ASB FINANCING RM100K SELAMA SETAHUN
===============================
Sijil: RM100,000
Plan: 1 tahun
Nama pemohon: Ahmad
Apply ASBF ni bermaksud bank beli sijil ASB dengan PNB. Sijil ASB tu nanti atas nama Ahmad.
Sijil ASB tu bank yang pegang dan simpan. Ibarat “cagaran” macam geran kereta lah.
Untuk RM100k, komitmen bulanan Ahmad adalah RM543 (Interest 5.1% dan tempoh 30 tahun).
Bila Ahmad terminate, bank jual balik sijil ASB tu kepada PNB. Baki principal (surrender value) RM1,450 dapat ke Ahmad.
Principal: RM100k – RM98,550 = RM1,450
Dividen tahun akhir: RM100k x 7% = RM7,000
Total return: RM7,000 + RM1,450 = RM8,450
Komitmen bulanan Ahmad hanyalah RM543 X 12 bulan = RM6,516. Ada perbezaan untung;
RM8,450 – RM6,516 = RM1,934!
Tu kalau setahun, kalau dua tahun? tiga tahun? Ha kau kira lah sendiri.
Faham ke tak faham? Rugi ke tak rugi? Rugi? Memang lah rugi. Rugi kalau kau tak mulakan dari sekarang.
Cepat anda mula menyimpan, cepat lah anda capai apa yang awak nak capai dalam kewangan. 🙂