APPLY ASBF PERTENGAHAN TAHUN RUGI KE? INILAH CARA KIRAAN DIVIDEN YANG BETUL

Banyak client yang saya jumpa salah faham.

Mereka kata kalau apply ASBFinancing pada pertengahan tahun, akan dapat dividen pada pertengahan tahun depan.

Sebenarnya silap kiraan begitu kerana kiraan dividen dan bonus ikut pro-rate.

Macamana kiraan pro-rate tu?

Haa, dia macam gini. Walaupun sijil ASB kau tu dibeli pada pertengahan tahun,

Dividen dan bonus ASB tetap akan diberi pada bulan Januari setiap tahun.

Duit dividen itu akan dimasukkan ke dalam akaun ASB kau terus.

Jangan ingat kau rugi pula bila buat pertengahan tahun sebab tak dapat dividen penuh.

Tidak kira lah mula bayar bulan 3 tau bulan 8 sekali pun kan.

Kalau kau dapat guide yang betul, kau dah boleh untung dengan lebihan dividen sahaja. Tu belum termasuk principal (surrender value).

Ini contoh real case client tahun lepas 2018. Daripada dividen sahaja dah nampak untungnya.

REAL CASE 1
===========
JUMLAH PEMBIAYAAN : RM100,000
TEMPOH PEMBIAYAAN : 30 tahun
MULA BAYAR : Mac 2018
BULANAN : RM539
MODAL : RM5,390 (10 bulan)

DIVIDEN & BONUS 2018
====================
7% X 100k X 10bulan/12bulan = RM5,833!

REAL CASE 2
===========
JUMLAH PEMBIAYAAN : RM200,000
TEMPOH PEMBIAYAAN : 30 tahun
MULA BAYAR : Ogos 2018
BULANAN : RM1,080
MODAL : RM5,400 (5 bulan)

DIVIDEN & BONUS 2018
====================
7% X 200k X 5bulan/12bulan = RM5,833!

Kalau kita tengok case1 dan case2 ni, client untung daripada lebihan dividen sahaja dah RM443.

Ini belum termasuk dengan principal kalau client terminate. Siapa nak bagi kan RM443. Jauh lebih baik dari saving biasa.

Jadi tanggapan apply pertengahan tahun tak untung adalah SALAH.

Dia yang tak untung nya kalau kau tak mula menyimpan dari sekarang. Masa yang lepas tak dapat patah balik tau.

Sekarang ni masih ada peluang kalau nak apply mula bayar pada bulan 9, free dividen bulan 8 lagi, ha.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.