CARA APPLY ASBF UNTUK ANAK BELUM BEKERJA ATAU STUDENT
Boleh ke student atau anak belum bekerja nak apply ASBF walaupun tak ada slip gaji?
Sebab dia nampak ada kawan dia buat ASBF waktu belajar di universiti lagi.
Jawapannya BOLEH cuma harus ada tambahan cara untuk apply ASBF dan syarat wajib umur minimum adalah 18 TAHUN dan ke atas.
Student/belum bekerja/tidak bekerja perlu joint applicant dengan ahli keluarga yang dah bekerja. Tidak kisah makan gaji atau bisnes mahupun dah pencen.
Joint applicant yang dibenarkan ialah ibubapa, adik beradik dan pasangan yang dah bekerja.
Jumpa mereka dan cakap baik-baik yang kau nak buat simpanan dengan ASBF, simpanan masa depan.
In shaa Allah mereka okay je, sebab kau bukan buat personal loan atau loan kereta ke motor kan.
Lagi bagus kau bayar sendiri, cuma apply tu je joint applicant sebab nak bagi lulus.
ASBF ini adalah pinjaman bercagar iaitu sijil ASB kau sebagai cagaran,
dan kalau kau tak bayar selama 2 bulan berturut baru lah akan auto-terminate.
Bank akan jual semula sijil ASBF kau tadi.
Tak ada masalah akan ada tunggakan ke apa TETAPI perlu ada ilmu dan consultant yang boleh guide kau dengan ilmu yang betul supaya kau tak rasa rugi. Macamana ada tunggakan tapi masih tak rugi? Ha sebab tu kena belajar.
Baru tak ada tersilap bila apply ASBF.
Saya pun bila mula buat ASBF sijil pertama haritu ada juga silap sebab tak fikir apa.
Cuba nak pergi walk in terus tanpa ilmu.
Dah apply, baru explore banyak lagi strategi yang boleh digunapakai.
Kalau ahli keluarga tak benarkan, jangan putus asa pula.
Mulakan menyimpan di ASB biasa atau Tabung Haji. Cubalah simpan konsisten setiap bulan tanpa sentuh duit tu dulu.