APA ITU SURRENDER VALUE (PRINCIPAL) ASBF DAN CARA PENGIRAAN?

Ramai yang masih keliru dan ada yang tak tahu lagi yang apabila apply ASBFinancing ini bukan sahaja akan dapat dividen tetapi,

Kita juga akan dapat Surrender Value (Prinsipal) apabila terminate atau jual balik sijil. Jumlah yang kita akan dapat pula ada pengiraan dia. Baca sampai habis.


RUGI KE BUAT ASBF KALAU DIVIDEN TURUN?
================================

Banyak juga lah yang sebenarnya tak tahu pun pasal ASBFinancing ni akan cakap yang akan rugi je buat apabila dividen turun.

Walaupun dividen turun, kau bukan rugi tapi kau tetap ada untung. Macam mana tu?

Ha, selalunya yang buat tanpa ilmu dan tak diberi penerangan yang jelas je yang akan cakap rugi.

Sebab tu saya suruh belajar dahulu, ada ilmu dulu baru fikir nak buat ASBF atau tidak.


Okay sambung pasal tadi mengenai surrender value. Surrender Value ialah nilai duit yang akan dapat setelah proses termination selesai.

Bagaimana nak kira surrender value ialah dengan menggunakan formula dibawah:


NILAI SIJIL – BAKI PEMBIAYAAN = SURRENDER VALUE

RUJUK CONTOH DIBAWAH:
CASE ASBF RM50K
BAKI PEMBIAYAAN RM47,988
RM50K – RM47,988 = RM2,011

Macam mana nak tahu baki pembiayaan? Ha kau boleh semak sendiri di akaun bank masing-masing.

Nanti akan ada satu bahagian namanya baki pinjaman selepas financing diluluskan.

Duit Surrender Value akan dimasukkan ke dalam akaun bank atau akaun ASB kau mengikut bank masing-masing.

Kau tak akan dikenakan atau ditolak apa-apa caj sekali pun. Ikut formula yg saya terangkan di kat atas.

Untung ke untung? Bukan untung pada dividen sahaja tetapi untung juga pada PRINCIPAL jika kita terminate.

Inilah konsep ASBF yang kau kena tahu. Double untung berbanding simpan biasa.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.