APA ITU KONSEP ASB FINANCING DAN KENAPA PERLU BUAT ASBF UNTUK MELABUR?

Bagi yang nak mulakan pelaburan menggunakan kaedah ASBfinancing, ada baiknya faham dulu serba sedikit flow pelaburan kita.
Ramai orang yang salah faham, katakan buat ASBF RM200k nanti bank akan bagi kita RM200k dekat kita,
dan kita sendiri yang akan laburkan dalam ASB dan tiap bulan hanya bayar ikut amount jadual yang ditetapkan.
Konsep tu dah salah. Kalau bank bagi cash dekat kita nescaya ramai yang takkan melabur dekat ASB.
Barangkali esok dah ada dekat oversea enjoy sakan. Bank pun tahu korang bukan jujur sangat, kan.
So apa yang bank cuba buat?
Kenapa perlunya meminjam untuk melabur?
“Dah tiada duit, buat cara tiada duitlah” Kata sesetengah orang. Ha, baca sampai habis.
KONSEP ASBF NI SIMPLE SAHAJA
===========================
Umpamanya kita nak melabur RM200k ke ASB. Tapi tiada cash. Bank pun bagi fasiliti pembiayaan RM200k ke kita, dengan bulanan serendah RM1,050 . Tapi bank dah bagitahu awal-awal. Aku bukan badan kebajikan nak tolong orang free-free. Aku pun nak bahagian aku.
So, 200k tadi di convert ke Sijil ASB 200k. Dan sijil ni lah yang di laburkan.
Tapi sijil ni bank pegang, sebab tu ASBF bukan milik penuh anda dan tidak diwajibkan zakat based on amount RM200k tu. Part sini faham?
Next, amount sijil (RM200k) kita tu dilaburkan ke ASB. Dan ASB akan bayar dividen setiap tahun, mengikut keuntungan yang ASB perolehi.
Katakan 7%, so kita akan dapat (12/12)*200k *7% = RM14,000.
*12 tu merujuk setahun bersamaan 12bulan.
Dividen dikira mengikut baki terendah setiap bulan. Setakat ni pelabur ASB tidak pernah rugi atau negatif.
Kat sini, kita akan dapat lihat amount RM14,000 masuk ke akaun ASB kita pada bulan 1 Jumlah ASB kita dah jadi RM214,000.
Uniknya ASB, sebab senang dicairkan. Kalau kita tak keluarkan dividen tersebut, tahun berikutnya ASB dikira based on RM214,000.
Kalau kita keluarkan dividen, ASB tahun berikutnya masih dikira based on RM200,000.
Modal RM14,000 tu setengah orang buat rolling semula lah, ada yang buat bayar rumah lah. Yang bijak sikit, dia keluarkan every month.
Tapi ni kalau jumlah akaun ASB RM200k keatas nampaklah berbaloi.
Kalau amount kecik, kerja agak leceh sikit.
ASB ni, merupakan benchmark bagi pelabur-pelabur lain. Sebab apa?
Sebab bagi mereka kalau tak boleh buat untung 7% setahun, baik aku labur dalam ASB je. Tak pening kepala.
Sebab ASB harganya konsisten, untung tu tetap ada, kecil atau besar sahaja.
Cuma bezanya dengan ASBF ni, ada beberapa keuntungan yang boleh diperolehi:
+dividen
+bonus
+principal@surrender value
+ surrender takaful (Jika ambil takaful)
Nota:
7% bukanlah dividen tetap ASB. Sekadar memudahkan fahaman untuk kiraan.