BUKTI PENGIRAAN ASB FINANCING JAUH LEBIH BAIK DARIPADA ASB BIASA

Mungkin masih ramai lagi yang tak faham kenapa ASBF jauh lebih baik daripada ASB biasa atau simpanan biasa.

Yang ramai orang faham, rate ASBF tinggi dan bank sahaja untung.

Betul ke bank sahaja yang untung? Kalau bank sahaja untung kenapa ada orang sampai buat maximum RM400K seorang.

Okay korang tak perlu pening fikir. Mari saya tunjukkan perbezaan hasil antara kedua-dua ini antara ASB biasa dan ASBFinancing.

Kita akan guna dua fungsi sahaja iaitu ‘LOAN CALCULATOR’ dan ‘COMPOUND INTEREST’ calculator.

Sila download apps ini dan ikut je arahan yang saya ajarkan ini. Jom kita start.

Download applikasi ini pada phone masing-masing dahulu iaitu Financial Calculator (Android) atau Ez Calculator (Apple user).

financial calculator apps


ASB BIASA
================
==========

Andaikan kau mampu simpan RM1,074 sebulan selama setahun (12bulan). Okay? Jadi buka apps tadi tu dan tekan ‘COMPOUND INTEREST’ calculator kemudian masukkan details seperti di bawah:

Monthly Deposit : 1,074
Period (month) : 12
Annual Interest Rate % : 7
Compounding : Tukar kepada Annually

Tekan calculate kau, dia akan keluar figure dibawah tu;

Total Principal : RM12,888 (Modal)
Interest Amount : RM483.62 (Dividen)
Maturity Value : RM13,371.62 (Modal + Dividen)

Hasil selepas setahun adalah RM13,371.62. Dividen yang kau dapat hanya lah RM483.62 sahaja.

Ini pun kau perlu simpan dalam ASB RM1,074 sebulan tanpa gagal selewat-lewatnya pada 1hb setiap bulan.

Jika lewat, lagi kurang dividen yang akan kau dapat. Sebab dividen akan dikira dari nilai terendah untuk bulan tu. Sampai sini faham?


ASB FINANCING
==========================

Kalau kau mohon ASBF RM200K dengan tempoh pembiayaan 30tahun pada kadar keuntungan bank 5%, setiap bulan komitmen bulanan adalah RM1,074 juga.

Andaikan kau bayar selama genap setahun (12bulan) dan kau terminate dengan dividen 7%.

Pastikan kau guna bank yang tiada lock in period. Hasil terminate boleh dilihat dibawah:

Dividen : RM14,000
Principal : RM2,951
Jumlah Kasar : RM16,951

Kiraan untuk principal boleh lihat dengan guna ‘LOAN CALCULATOR’. Buka ‘LOAN CALCULATOR’ dan masukkan details dibawah:

Loan Amount : 200,000
Interest Rate : 5
Loan Term : 30

Tekan CALCULATE dan AMORTIZATION. Apabila keluar table lihat pada NO.12, balance anda adalah RM197,049.31.

Ini adalah jangkaan baki pembiayaan pada bulan ke-12.


Jadi kiraan untuk principal adalah RM200k – RM197,049 = RM2,951.

Maka hasil yang kau akan dapat keseluruhan adalah RM14,000(dividen) + RM2,951(surrender value) = RM16,951!

Ada beza RM16,951(ASBF) – RM13,371(ASB biasa) = RM3,580 dalam masa setahun. Banyak ke sikit? Kalau rasa tak banyak, meh bagi saya duit tu.


Sebab itu orang yang tahu kiraan dan mampu akan penuhkan kedua-dua ASB dan ASB2. Sayang sekali ASB2 buat masa ini tiada kuota untuk buat pembiayaan.

Tapi jangan pulak seksa diri terus nak apply RM200K kalau belum mampu.

Kau boleh guna teknik yang lebih slow, steady tapi menjadi. Dengan hanya RM270 sebulan boleh full ASBF RM200K.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.